Sunday, May 4, 2008

Fruit Tarts



kulit tart

Bahan2nya
5 cawan tepung gandum
11/2 cawan majerin
1 sudu besar lemak sayur/crisco
2 sudu besar gula
1 biji telur
sedikit air dari peti sejuk.

Cara.
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti.
2. Masukkan telur dan ramas lagi sekiranya doh tak boleh bersatu
masukkan air dari peti sejuk sikit2 sehingga boleh jadi doh..
3. Masukkan ke dlm wrapping plastik dan simpan dlm peti ais lebih
kurang 20 minit.
4. Keluarkan doh dan canaikan agak nipis kerna doh akan mengembang
masa membakar nanti.. agak2 dlm 1/2cm oklah tu..
5. terapkan dan masukkan kedalam acuan tart/muffin pun boleh dan
cucuk2kan utk elakkan gelembung masa membakar nanti
6. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 180C. (macam meow oven kecik
Jadi meow gunakan suhu 150C sahaja sudah cukup.
7. Keluarkan dan masukkan adunan kastard dan kemudian bolehlah
dihiaskan dengan buah2 pilihan seperti grape, peach, kiwi, stoberi
dan sebagainya.

Bahan2 Kastardnya.

2-3 cawan susu segar
4-5 sudu tepung kastard
garam dan gula secukup rasa
sedikit esen vanila

Cara-Cara

1. Satukan semua bahan2 kastard dan jerangkan diatas api sederhana sehingga likat.. Jangan terlalu lama sehingga terlampau pekat kerana takut jadi pudingla pulak..

2. Bila dah likat terus sudukan kedalam kulit tart yg dah dikeluarkan dari
oven tadi dan hiaslah dengan buah2an kegemaran anda.

3. Masukkan ke dalam peti ais. dan sedap dimakan sejuk2.

Nota: Sekiranya anda berminat utk letakkan cooking chocolate (kaedah
double boil.. boleh disapukan sebelum meletakkan cairan kastard
di atas. seperti gambar dibawah